CANDYWAX produk penanggal bulu dari akar No.1 di Malaysia yang paling laris dan menjadi viral bermula tahun 2017 sehingga kini. CANDYWAX telah menjalani ujian makmal oleh pakar –pakar bertauliah dan kandungan CANDYWAX telah dianalisis dengan terperinci untuk memastikan CANDYWAX adalah produk selamat tanpa bahan terlarang.
Kini, CANDYWAX merupakan produk penanggal bulu organik pertama yang diperakui oleh makmal BIOTECHNOLOGY CORPORATION BERHAD.
“CANDYWAX telah diperkenalkan oleh Ms.Rhea, pengasas produk CANDYWAX HAIR REMOVAL.”
Berkelulusan Kelas Pertama Ijazah Sarjana Muda Universiti Teknologi Mara Shah Alam, beliau telah berjaya menghasilkan produk penjagaan diri melalui idea dan kreativiti beliau sendiri. Tercetusnya idea ini apabila beliau memikirkan masalah yang sentiasa membelenggu kaum wanita secara amnya untuk menanggalkan bulu dengan pantas dan tidak mencederakan kulit selain dari membantu menjimatkan wang untuk ke spa.
Dengan kaedah lakukan sendiri dirumah ‘DIY’ adalah cara terbaik untuk berjimat-cermat disamping dapat mengelakkan rasa segan terutama bagi wanita muslim untuk membuat proses ‘waxing’ di spa.
Beliau menggunakan idea dan kreativiti sendiri untuk menghasilkan satu formula yang berkesan tanpa menggunakan sebarang bahan kimia di dalam produknya.
Selama 2 tahun beliau mengkaji dan menganalisis kandungan yang sesuai dan berkualiti untuk memastikan produknya diterima oleh masyarakat. Setelah diujikaji akhirnya beliau berjaya menghasilkan CANDYWAX HAIR REMOVAL menggunakan 100% bahan semulajadi yang berkualiti tinggi. CANDYWAX adalah nama khas dibawah jenama RHEAAZURI yang telah dipilih untuk menggambarkan produk ini di dalam bentuk gel dan bahan utama yang digunakan adalah BROWN SUGAR dan HONEY.
Hari ini, CANDYWAX telah dikenali dan telah mendapat tempat di hati masyarakat pecinta produk organik. Kesan yang pantas dan dijamin selamat menyakinkan pengguna ia adalah produk yang dipercayai.
VISI
Menjadi syarikat pengeluar pertama di Malaysia yang hanya menggunakan bahan semulajadi dan berkesan.
MISI
Memastikan pengguna menggunakan produk dari bahan semulajadi tanpa kesan sampingan